Cari Blog Ini

Jumat, 18 Mei 2012

KHASIAT PEGAGA (MENAMBAH DAYA INGAT)

"Pegaga", Foto by Rifqi (18-05-2012)

KHASIAT PEGAGA
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular
Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah
Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti kari, mi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.
Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Pegaga

Selasa, 08 Mei 2012

"MAINTAIN"


08 Mei 2012
Demokrasi bukan kebebasan mutlak.
Aturan, norma, hukum, pandangan masyarakat, dan religi mengiringinya.

Krisis karakter bangsa kini memang benar-benar dapat kita rasakan.
Fenomena-fenomena kekerasan menjadi tren kekinian.
Karena itu ingatkah kita pada pengorbanan.
Harapan ?

Muda mudi, di luar sana telah siap berbagai macam atom paradigma.
Yang siap mengobrak abrik tatanan bangsa kita.
Negara kita emperium masa depan.
Mungkin jika… ?

Mengamankan lingkungan daratan-perairan, manusia-religi, pembangunan-ekonomi, Ilmu-lembaga pendidikan.
Jangan luntur Islam dalam jiwa.
Bhineka Tunggal Ika.
Indonesia.

Rifqigayyo.blogspot.com