"Pegaga", Foto by Rifqi (18-05-2012) |
KHASIAT PEGAGA
Pegaga kaya
dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai
boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan
Pegaga banyak
terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam.
Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan
panas badan.
Di India,
pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan
daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina,
pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan
penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular
Antara khasiat
lain pegaga adalah:
- penawar alahan
- merawat asthma dan sesak nafas
- merawat jangkitan paru-paru
- merawat kegusaran dan kegigilan
- anti kanser
- melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
- penawar batu karang
- penawar kencing berdarah
- penawar ulser
- merangsang peredaran darah
- merawat cirit birit dan gastrik
- menurunkan tekanan darah
Pegaga boleh
dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh
dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan
oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan
hidangan seperti kari, mi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut
biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang.
Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau
tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi
putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga
dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India
pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur
ais dinamakan “thandaayyee”.
Pegaga telah
digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang
mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi,
pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah
tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk
mengembalikan keserian wajah dan awet muda. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Pegaga
Tidak ada komentar:
Posting Komentar